Sunday, May 10, 2009

Simpulan dan Ikatan




LILIT ( Taut-Line )
Kegunaannya : - Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Dan Untuk Mematikan Ikatan Ke Pacang Khemah Kerana Kepanjangan Tali Boleh Di Ubah-Ubah





TINDIH KASIH
Kegunaannya : - Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga




LILIT BALAK
Kegunaannya : - Untuk Mengikat Tapi Pada Balak Dan Untuk Memindahkan Atau Mengheret Kayu Atau Batang Balak




SIMPULAN PENGAIL (Fisherman's Knot)
Kegunaannya : - Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin



SIMPUL PULIH
Kegunaannya : - Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh






SIMPUL MANOK (Clove Hitch)
Kegunaannya : - Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.



LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT
Kegunaannya : - Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Untuk Mematikan Ikatan Ke Pokok Atau Ke Pacang Kerana Cara Begini Midah DI Buka Dan Tidak Mudah Tanggal Ikatannya



BUNGA KETI BERGANDA
Kegunaannya : - Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat.


BUNGA KETI
Kegunaannya : - Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal



BUKU SILA
Kegunaannya : - Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula

Logo Pengakap Malaysia


Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.

Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.

Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

Logo Pengakap Dunia


Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.

Warna putih-kesucian dan kebersihan.

Thursday, April 30, 2009



Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.
Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).
Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.
Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.


Biodata BP


Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell


Nama Singkatan : BP


Tarikh Lahir : 22 Februari 1857


Tempat Lahir : London, England


Pendidikan Awal : Charter House, London


Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British


Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell


Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell


Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Sunday, April 26, 2009

Photo: Centenary Celebration of the Persekutuan Pengakap Malaysia




































Photo credit: Zon Bangsar Wilayah Persekutuan

Centenary Celebration of the Scouts Association of Malaysia


Centenary Celebration of the Persekutuan Pengakap Malaysia
Date : 25th April 2009
Time: 7.30 am to 5.00pm


Venue: Stadium Negara, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur


Dress Code: Full Uniform


Eligibility: All Malayisan Scouts


07:30 - 08:30 :Arrivals and Registration and Breakfast


08:30 - 09:30 : Participants take place in the Stadium Negara


09:30 - 10:00 :Arrivals of the Distinguish Guest


10:00 - 10:15 : Arrival of the Chief Scout of Malaysia


10:15 - 10:30 : Arrival of the H.E. Prime Minister of Malaysia


10:30 - 12:30 Preliminary Session :


: 1.National Athem


: 2. Malaysia Scout Song


: 3. Scout Promise Recitation


: 4.Doa Recitation


Welcome address by Chief Scout of Malaysia


Multimedia Presentation


Centenary Medals Investure Ceremony


Presentation by Scouts


Primary address by H.E. Prime Minister of Malaysia


Sourvenirs Investure Ceremony


12:30 - 17:00 :Lunch

Saturday, April 4, 2009

King Scout Fast Track 4 :Quatermaster

King Scout training was held in Zonice training centre on 4th of April 2009.The schedule are as follow:

1000 Scout assembles.

1031 Base A, B, C and D -Duration:45 mins

A: Knife and Machete ( sharpening, maintenance, usage and handling)
B: Axe and Saw ( parts and types, sharpening, maintenance and care, usage and handling)
C: Oil Lamp & Stove ( maintenance and care, usage and handling)
D: Ropes and Spars ( parts and types, coiling, maintenance and care, usage and handling)

1330 Lunch Break1430 Base A, B, C and D -Duration:45 mins

A: Woggle Making
B: Knitting and Bushman’s Thong
C: Woodcraft Signs
D: Semaphore, Morse Codes and Phonetic Codes

1730 End.